Al-Hadis kali ini:

"you will not enter Paradise until you believe, and you will not believe until you love one another.." -Muslim-

"..if anyone fulfills his brother's needs, Allah will fulfill his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieve his troubles on the Day of Resurrection..."
-Al Bukhari and Muslim-

Saturday, November 2, 2013

Sistem baru

Assalamualaikum 'blog viewers'..sudah bertahun rasanya saya tidak meng'update' status saya di sini..semenjak berpindah ke sekolah baru iaitu SMK Kota Samarahan, Sarawak kerana mengikut suami.

 Kali ini saya ingin berkongsi tentang program baru untuk warga sekolah di Malaysia iaitu 'FROGVLE'..ada orang panggil 'katak' saja..apa-apalah..
cuba test:

bagi saya program ini amat bagus terutamanya untuk guru-guru yang minat dalam bidang IT..pada yang kurang berminat mungkin sistem ini agak leceh, tetapi...ya lah, kita harus menerima pelbagai perubahan baik yang berlaku dalam aliran pendidikan negara kita..

ok..kepada pelajar yang suka dan selalu 'online' tu, ringan-ringankan jari jemari anda untuk ke website frogvle tu ya..macam-macam ada..

Sampai di sini sahaja dahulu, akan di'update' dari semasa ke semasa..

Wassalam...

Friday, May 27, 2011

Folio PSK

Salam sejahtera semua..
Tengah bercuti ya? seronok la tu kan...
Tapi..jangan lupa siapkan folio-folio dan kerja rumah yang cikgu suruh buat..nanti..ada yang kena...:)

ok..berbalik kepada folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan..
Mesti ada:
Muka depan (cover) yang tertera logo dan nama sekolah, tajuk folio, nama penuh pelajar, tingkatan, no.kad pengenalan, dan nama guru PSK anda.

1. Pendahuluan
- Penghargaan : syukur dan terima kasih kepada individu yang membantu

2. Isi kandungan
- Prosedur:

Contoh: 1. Mendengar taklimat guru
2. Pengumpulan maklumat (internet, buku, majalah, sumber lain)
3. Penghasilan folio (perbincangan bersama guru dan rakan)
4. Penghantaran folio

3.Rumusan
- Nyatakan apa yang kamu dapat daripada kerja penghasilan folio ini. Nyatakan juga cadangan penambahbaikkan

4. Rujukan
Sertakan senarai rujukan yang dibuat. Contoh:

1. www.yahoo.com/keluarga

2. Ahmad Abu, 2011, Sayangi keluarga, m/s 45, Majalah Pintar, Cerdas Sdn Bhd

3. Temubual bersama tokoh dalam keluarga. Nyatakan tarikh, masa, tempat, topik perbualan. Jika mampu, sertakan gambar.


Untuk lebih menarik, hiaskan folio anda dan kemaskan tulisan sebaik mungkin.
Jika ada kemusykilan, sila sertakan komen anda di ruangan komen atau terus email kan pada saya: wanie_dhiya87@yahoo.com

Selamat menghasilkan folio yang menarik!
selamat bercuti, take care....
terima kasih.

Assalamualaikum wbt
There was an error in this gadget