Al-Hadis kali ini:

"you will not enter Paradise until you believe, and you will not believe until you love one another.." -Muslim-

"..if anyone fulfills his brother's needs, Allah will fulfill his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieve his troubles on the Day of Resurrection..."
-Al Bukhari and Muslim-

Sunday, October 31, 2010

Pandang ia dari sudut motivasi

Semalam merupakan kejayaan yang sungguh membanggakan rakyat Kelantan amnya dan peminat bola sepak khasnya..Mana tak nya, kelantan menang mengalahkan Negeri Sembilan 2-1..Sebagai anak kelahiran kelantan, saya berasa amat bangga dan bersyukur diberi kemenangan yang susah untuk diperolehi. Dimaklumkan, negeri Kelantan sudah 89 tahun menunggu piala idaman itu..

Saya bersama keluarga tercinta menonton perlawanan itu di rumah dari mula hingga la tamat perlawanan. Kami memberi sorakan yang begitu bersemangat. Sebenarnya saya bukanlah peminat sukan ini, tetapi memandangkan ahli keluarga telah berkumpul, seronok pula bila bersorak bersama..

Hm..salah satu tips untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga: menonton bersama.

Saya suka melihat sesuatu perkara itu dari sudut motivasi, sebab baru saya akan berasa berbaloi menonton sesuatu rancangan itu..Hari ini saya nak berkongsi di dalam 'Pencinta ilmu' tentang strategi. Jika mereka yang menurut serta menonton malam tadi, dapat melihat prestasi yang tidak begitu mengujakan bagi pasukan kelantan pada separuh masa pertama. Negeri sembilan mendahului 1-0 pada mulanya..terus semangat pasukan kelantan kelihatan menurun. Tetapi, setelah memasuki masa kedua, mereka seakan-akan begitu bijak dalam menyusun permainan..sehingga menggondol juara. syabas!

haa..begitu juga para pelajar sekalian, kita tidak boleh sesekali berputus asa jika kejayaan tidak memihak pada kita pada permulaannya. Apa yang perlu dibuat ialah, dapatkan semangat dan motivasi anda semua dan teruslah memacu kehadapan. Gagal buat pertama kali tidak bermakna gagal selamanya. Cubalah ambil pengajaran dari setiap apa yang kita lihat..


Masa sentiasa ada untuk kita terus berusaha. Yang penting kita bijak dalam mengatur strategi kita untuk mencapai kecemerlangan. Contohnya, jika kita tidak berapa pandai berbahasa inggeris, cubalah berusaha untuk meningkatkan perbendaharaan kata(vocabulary)  kita dulu dan pelajarilah tatabahasa (grammar) yang mudah itu dan jangan lupa praktikkannya..Macam mana nak tingkatkan vocabulary? Banyakkan membaca buku berbahasa inggeris dan sebagai permulaan, carilah buku yang berbahasa inggeris mudah yang sesuai..

Nah..tidak susah kan kalau hendak meraih kejayaan? cuma yang susahnya ia tidak datang begitu sahaja, mesti ada matlamat, usaha dan tawakal pada Allah..insyaAllah kejayaan memihak kepada kita.

Ok lah, waktu zohor sudah tiba..jumpa lagi di lain entri..

ceria-ceriakan hidup anda dengan aktiviti yang anda sukai dan bermanfaat..

Selamat berusaha! :)

Monday, October 25, 2010

Menjaga adab, mencerminkan peribadi

Salam sejahtera semuanya..semoga sentiasa berasa bagus dan ceria hendaknya..'Pencinta ilmu' ini sarat dengan mesej berguna untuk para pelajar mencari tips belajar yang baik dan juga barangkali untuk ibubapa dalam mencari cara yang sesuai untuk mengajar anak-anak yang malas belajar...Eh, ada lagi ke yang malas belajar bagi yang akan menghadapi SPM tidak lama lagi ni? Diharapkan masing-masing sedang bersiap siaga sekarang untuk memperkukuhkan 'alatan peperangan' sebelum ke medan perang November nanti..insyaAllah..

Saya sebenarnya suka untuk berkongsi tentang tatatertib/ etika/ adab pada kali ini..Ya, sebagai orang yang berpendidikan, kita sepatutnya sentiasa mempraktikkan nilai dan adab yang sopan terutama ketika bercakap. Ia sangat mencerminkan keperibadian kita. Cara berkomunikasi juga menggambarkan perwatakan seseorang dan orang ramai akan cepat mengetahui perangai sebenar seseorang itu melalui bicaranya lah.

Anda setuju?

Sebagai pelajar, anda sentiasa berhadapan dengan guru-guru, rakan-rakan seperjuangan, dan orang ramai juga. Kesopanan hendaklah sentiasa dijaga. Butir-butir bicara hendaklah bermaksud baik dan tidak menyakitkan bila berbicara dengan guru mahupun staf sekolah. Sebagai contoh, bila hendak masuk ke kelas/ tuisyen yang sudah ada guru sedang mengajar, beriilah salam terlebih dahulu dan memohon maaf andai terlewat. Jangan main masuk melulu tanpa pandang sekeliling..silap hari bulan, anda pula yang tersalah masuk kelas orang lain..aduh!

 Begitu juga dengan mereka yang bekerja seharian berhadapan dengan pelanggan..Senyuman itu penting. Contohnya, untuk pekerja di restoran francais ataupun mana-mana kaunter, bahasa anda biarlah bersopan. Saya kerap kali melihat, apabila pelanggan mula bertanya beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan yang betul untuk sesuatu perkara, mereka ini seolah-olah 'membuat muka' tidak puas hati..Alahai..andakan sedang bekerja dan ianya tanggungjawab anda untuk memenuhi pertanyaan pelanggan..
Jaga-jaga etika kerja anda ya.


Oleh itu, jom semak dan muhasabah kembali sikap kurang sopan kita kepada orang ramai dan cuba perbaikinya..Ia tidak merugikan, malah memberikan impak positif di kemudian hari, insyaAllah..

Makan roti dengan kaya,
kaya dibeli di kedai nyonya,
budi bahasa hendaklah dijaga,
ia lambang jati diri kita.

~Satu bahasa, satu suara, satu etika~

Wednesday, October 20, 2010

Alahai Facebook..

Hari ini sudah pun 20 Oktober..cepatnya masa berlalu..Ya, cepat bagi orang yang perlu mengejar tarikh akhir menghantar tugasan, cepat bagi mereka yang tiada masa untuk melakukan aktiviti lain kecuali kerja saja..Tapi, bagi yang sedang relax, tiada kerja, mengelamun tu memang lambat je masa berlalu..

Hidup ini hendaklah kita manfaatkan sebaiknya ya. Pengalaman perlu dicari untuk lebih mematangkan diri. eh, cerita pasal kerja pulak saya ni..

Sekarang ni, dunia kita sedang dilanda satu fenomena baru yang begitu pesat menular di kalangan kita..Tidak kira kecil, besar, tua, muda, majoritinyanya mungkin tahu dan pernah dengar mengenainya..Jarang sekali kita dengar yang orang-orang muda zaman sekarang tidak melayannya..(Tapi ia ada ya).

Boleh teka tak apa dia?
ha..pandai pun. FACEBOOK la..

Facebook ni bukannya benda tak baik..baik sebenarnya..ye la, dengan FB, kita dapat berhubung dengan teman-teman jauh dan dekat, para pendakwah dapat berdakwah dan cukup memberi kesan, dapat mengenali dengan lebih dekat lagi seseorang tokoh., malah para artis pun menjadikannya sebagai medium untuk bertemu peminat..ok la tu kan..

Tapi kat sini, saya lebih kepada ingin menasihati para pelajar tentang FB. Janganlah asyik berdepan dengan laptop anda semata-mata kerana FB. Cukuplah menggunakannya untuk tujuan yang berfaedah seperti menghubungi rakan, perbincangan dan sebagainya
Saya pernah jumpa pelajar yang memang 'tak sah' kalau tak buka FB setiap hari..eh, boleh macam tu pula..Kan lagi elok kalau, 'tak sah' kalau tak baca buku setiap hari..Sejuk je hati mendengarnya..

Begitu juga dengan para pekerja. Kalau masa dihabiskan dengan FB, apalah tujuan kerja itu sebenarnya kan..Lain lah kalau anda memang seorang 'FB organizer' untuk syarikat..

Semua yang dinamakan kemudahan untuk manusia itu merupakan satu rahmat kalau ianya digunakan dengan niat dan tujuan yang betul..Tapi ia boleh mengakibatkan lagha, leka dan alpa jika kemudahan disalahgunakan.

Tepuk dada tanyalah iman dan minda. Jangan biarkan hidup anda dikelilingi kelalaian..

Sekian, jumpa lagi di entri berikutnya, insyaAllah..:)

Tuesday, October 5, 2010

Mengajar dan diajar..

Salam 1 Malaysia..Maaf ya, saya baru dapat 'update' blog pencinta ilmu ini..Sebelum ini, lebih tumpukan pada official blog saya. Bukan apa, sibuk sikit saja..Jadi, kali ini cikgu wanie sudah kembali..hee..

Oh ya, hari ini hari pertama bermulanya PMR kan? Kepada calon PMR, buat yang terbaik ya!
Hari tu, sewaktu menggantikan kelas tuisyen untuk Matematik dan Fizik, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan para pelajar tentang cara belajar..ahaa..ramai juga yang suka tajuk ni, termasuklah saya sewaktu ingin menghadapi peperiksaan dulu..kenapa? sebabnya..dengan berkongsi macam ni lah, kita dapat mempertingkatkan kemahiran belajar kita..orang kata, buat 'checklist' cara kita sendiri dan cara orang lain..

Menarik bukan?
Jadi cikgu, apa yang cikgu kongsikan??

Ok..di sini saya nyatakan beberapa amalan belajar yang boleh diikuti..senang saja..tinggal nak buat atau tak nak buat saja..

1. Anda boleh guna cara 'mengajar diri sendiri'. Macam mana tu? anda cuba fahamkan diri anda dengan gaya mengajar..mungkin anda perlukan sehelai kertas kosong ataupun untuk lebih realistik, boleh gunakan papan putih untuk memberi penerangan sehinggalah anda benar-benar faham tentang sesuatu tajuk. Untuk pengetahuan, saya sendiri menggunakan cara sedemikian dan hasilnya memang memudahkan saya faham..Boleh ajar kawan-kawan lagi di sekolah.

2. Kaji setiap soalan yang susah..Contohnya masalah matematik tambahan..Buat latih tubi untuk soalan jenis yang sama berulang kali..tak apa, ia untuk kebaikan anda.

3. Cuba ajar kawan-kawan topik yang anda faham..Ya, cara ini sangat berkesan kerana ia dapat menguatkan daya ingatan kita.Tak percaya? cubalah!

hm...setakat ini, itu sahaja tips yang hendak dikongsi..Kejayaan anda adalah dengan berkat kesungguhan diri sendiri..Jadi, kuatkan keyakinan hati dan teruskan menggapai impian anda...