Al-Hadis kali ini:

"you will not enter Paradise until you believe, and you will not believe until you love one another.." -Muslim-

"..if anyone fulfills his brother's needs, Allah will fulfill his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieve his troubles on the Day of Resurrection..."
-Al Bukhari and Muslim-

Sunday, December 12, 2010

Sebutlah Alhamdulillah..

Apa khabar semua? eh..nampaknya semua ceria je menjenguk ilham ilmu ni..bagus lah, hidup ni mesti selalu ceria..semoga ia dapat melahirkan rasa syukur kepadaNya..

Oh ya, peperiksaan SPM 2010 baru sahaja tamat..hm...macam mana? ok ke tak ok..ishhh..apalah cikgu wanie, mesti lah ok! =)

hmm..di pagi Ahad yang damai ni saya ingin berkongsi tentang 'kekuatan dalaman' yang diperolehi dengan bersyukur..

pernah tak anda dilanda masalah yang rumit mahupun yang biasa-biasa tetapi ia membebankan anda? Bila namanya manusia, pasti ada pelbagai cubaannya kan..tambahan pula bila umur semakin meningkat, berlaku pertambahan tanggungjawab..Alamak, stress pula!

eh, jangan cepat mengeluh ya..bukan anda seorang yang diberikan ujian..malah, semua orang pun akan diberi pelbagai cabaran dan ujian..

Semuanya telah ditentukan oleh Maha Pencipta..

Tetapi..ada perkara yang boleh membuatkan kita rasa disayangi dan terfikir ia adalah yang terbaik buat kita..

haa...inilah yang kita perlukan..Di saat hati luka, jiwa tertekan, terbit rasa kesyukuran dalam diri. rasa itu yang akan membuatkan kita rasa kehambaan kepada Allah, rasa kerendahan hati dan bahagia bila nampak hikmahnya yang tersirat..



Oleh itu, jom kita berdoa supaya sentiasa dikurniakan hati yang sentiasa bersyukur..insyaAllah, kekuatan dalaman itu pasti akan dapat dirasai.

Alhamdulillah..sebutlah alhamdulillah...

Barakallah...=)

Tuesday, November 30, 2010

Lapor diri..

Saya sudah pun melapor diri di SMK Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan. Alhamdulillah...ianya dapat dilakukan dengan lancar..

Masih terlalu baru untuk menilai sekolah itu dari semua segi..Namun, diharapkan semuanya baik-baik saja..Oh ya, saya dan rakan tinggal di rumah warden dan kami bakal menjadi warden di sekolah itu..

hmm..sounds good!
 Walaupun saya tidak pernah tinggal di asrama sewaktu di alam persekolahan dulu, tapi, menjadi warden nampaknya peluang yang bagus untuk saya mencungkil bakat sebagai seorang guru yang tegas..eh, tegas? ya, mesti...:)

Anda seorang pelajar asrama? haa..mesti banyak pengalaman dan kenangan yang anda lalui kan bersama kawan-kawan mahupun guru- guru..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan SPM 2010 kepada adik saya dan para pelajar di tempat tuisyen..Buat dengan cemerlang! :)


Ok lah, nanti banyak lagi yang ingin dikongsi di dalam ilham ilmu..Sehingga berjumpa lagi...

Wassalam..

Sunday, October 31, 2010

Pandang ia dari sudut motivasi

Semalam merupakan kejayaan yang sungguh membanggakan rakyat Kelantan amnya dan peminat bola sepak khasnya..Mana tak nya, kelantan menang mengalahkan Negeri Sembilan 2-1..Sebagai anak kelahiran kelantan, saya berasa amat bangga dan bersyukur diberi kemenangan yang susah untuk diperolehi. Dimaklumkan, negeri Kelantan sudah 89 tahun menunggu piala idaman itu..

Saya bersama keluarga tercinta menonton perlawanan itu di rumah dari mula hingga la tamat perlawanan. Kami memberi sorakan yang begitu bersemangat. Sebenarnya saya bukanlah peminat sukan ini, tetapi memandangkan ahli keluarga telah berkumpul, seronok pula bila bersorak bersama..

Hm..salah satu tips untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga: menonton bersama.

Saya suka melihat sesuatu perkara itu dari sudut motivasi, sebab baru saya akan berasa berbaloi menonton sesuatu rancangan itu..Hari ini saya nak berkongsi di dalam 'Pencinta ilmu' tentang strategi. Jika mereka yang menurut serta menonton malam tadi, dapat melihat prestasi yang tidak begitu mengujakan bagi pasukan kelantan pada separuh masa pertama. Negeri sembilan mendahului 1-0 pada mulanya..terus semangat pasukan kelantan kelihatan menurun. Tetapi, setelah memasuki masa kedua, mereka seakan-akan begitu bijak dalam menyusun permainan..sehingga menggondol juara. syabas!

haa..begitu juga para pelajar sekalian, kita tidak boleh sesekali berputus asa jika kejayaan tidak memihak pada kita pada permulaannya. Apa yang perlu dibuat ialah, dapatkan semangat dan motivasi anda semua dan teruslah memacu kehadapan. Gagal buat pertama kali tidak bermakna gagal selamanya. Cubalah ambil pengajaran dari setiap apa yang kita lihat..


Masa sentiasa ada untuk kita terus berusaha. Yang penting kita bijak dalam mengatur strategi kita untuk mencapai kecemerlangan. Contohnya, jika kita tidak berapa pandai berbahasa inggeris, cubalah berusaha untuk meningkatkan perbendaharaan kata(vocabulary)  kita dulu dan pelajarilah tatabahasa (grammar) yang mudah itu dan jangan lupa praktikkannya..Macam mana nak tingkatkan vocabulary? Banyakkan membaca buku berbahasa inggeris dan sebagai permulaan, carilah buku yang berbahasa inggeris mudah yang sesuai..

Nah..tidak susah kan kalau hendak meraih kejayaan? cuma yang susahnya ia tidak datang begitu sahaja, mesti ada matlamat, usaha dan tawakal pada Allah..insyaAllah kejayaan memihak kepada kita.

Ok lah, waktu zohor sudah tiba..jumpa lagi di lain entri..

ceria-ceriakan hidup anda dengan aktiviti yang anda sukai dan bermanfaat..

Selamat berusaha! :)

Monday, October 25, 2010

Menjaga adab, mencerminkan peribadi

Salam sejahtera semuanya..semoga sentiasa berasa bagus dan ceria hendaknya..'Pencinta ilmu' ini sarat dengan mesej berguna untuk para pelajar mencari tips belajar yang baik dan juga barangkali untuk ibubapa dalam mencari cara yang sesuai untuk mengajar anak-anak yang malas belajar...Eh, ada lagi ke yang malas belajar bagi yang akan menghadapi SPM tidak lama lagi ni? Diharapkan masing-masing sedang bersiap siaga sekarang untuk memperkukuhkan 'alatan peperangan' sebelum ke medan perang November nanti..insyaAllah..

Saya sebenarnya suka untuk berkongsi tentang tatatertib/ etika/ adab pada kali ini..Ya, sebagai orang yang berpendidikan, kita sepatutnya sentiasa mempraktikkan nilai dan adab yang sopan terutama ketika bercakap. Ia sangat mencerminkan keperibadian kita. Cara berkomunikasi juga menggambarkan perwatakan seseorang dan orang ramai akan cepat mengetahui perangai sebenar seseorang itu melalui bicaranya lah.

Anda setuju?

Sebagai pelajar, anda sentiasa berhadapan dengan guru-guru, rakan-rakan seperjuangan, dan orang ramai juga. Kesopanan hendaklah sentiasa dijaga. Butir-butir bicara hendaklah bermaksud baik dan tidak menyakitkan bila berbicara dengan guru mahupun staf sekolah. Sebagai contoh, bila hendak masuk ke kelas/ tuisyen yang sudah ada guru sedang mengajar, beriilah salam terlebih dahulu dan memohon maaf andai terlewat. Jangan main masuk melulu tanpa pandang sekeliling..silap hari bulan, anda pula yang tersalah masuk kelas orang lain..aduh!

 Begitu juga dengan mereka yang bekerja seharian berhadapan dengan pelanggan..Senyuman itu penting. Contohnya, untuk pekerja di restoran francais ataupun mana-mana kaunter, bahasa anda biarlah bersopan. Saya kerap kali melihat, apabila pelanggan mula bertanya beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan yang betul untuk sesuatu perkara, mereka ini seolah-olah 'membuat muka' tidak puas hati..Alahai..andakan sedang bekerja dan ianya tanggungjawab anda untuk memenuhi pertanyaan pelanggan..
Jaga-jaga etika kerja anda ya.


Oleh itu, jom semak dan muhasabah kembali sikap kurang sopan kita kepada orang ramai dan cuba perbaikinya..Ia tidak merugikan, malah memberikan impak positif di kemudian hari, insyaAllah..

Makan roti dengan kaya,
kaya dibeli di kedai nyonya,
budi bahasa hendaklah dijaga,
ia lambang jati diri kita.

~Satu bahasa, satu suara, satu etika~

Wednesday, October 20, 2010

Alahai Facebook..

Hari ini sudah pun 20 Oktober..cepatnya masa berlalu..Ya, cepat bagi orang yang perlu mengejar tarikh akhir menghantar tugasan, cepat bagi mereka yang tiada masa untuk melakukan aktiviti lain kecuali kerja saja..Tapi, bagi yang sedang relax, tiada kerja, mengelamun tu memang lambat je masa berlalu..

Hidup ini hendaklah kita manfaatkan sebaiknya ya. Pengalaman perlu dicari untuk lebih mematangkan diri. eh, cerita pasal kerja pulak saya ni..

Sekarang ni, dunia kita sedang dilanda satu fenomena baru yang begitu pesat menular di kalangan kita..Tidak kira kecil, besar, tua, muda, majoritinyanya mungkin tahu dan pernah dengar mengenainya..Jarang sekali kita dengar yang orang-orang muda zaman sekarang tidak melayannya..(Tapi ia ada ya).

Boleh teka tak apa dia?
ha..pandai pun. FACEBOOK la..

Facebook ni bukannya benda tak baik..baik sebenarnya..ye la, dengan FB, kita dapat berhubung dengan teman-teman jauh dan dekat, para pendakwah dapat berdakwah dan cukup memberi kesan, dapat mengenali dengan lebih dekat lagi seseorang tokoh., malah para artis pun menjadikannya sebagai medium untuk bertemu peminat..ok la tu kan..

Tapi kat sini, saya lebih kepada ingin menasihati para pelajar tentang FB. Janganlah asyik berdepan dengan laptop anda semata-mata kerana FB. Cukuplah menggunakannya untuk tujuan yang berfaedah seperti menghubungi rakan, perbincangan dan sebagainya
Saya pernah jumpa pelajar yang memang 'tak sah' kalau tak buka FB setiap hari..eh, boleh macam tu pula..Kan lagi elok kalau, 'tak sah' kalau tak baca buku setiap hari..Sejuk je hati mendengarnya..

Begitu juga dengan para pekerja. Kalau masa dihabiskan dengan FB, apalah tujuan kerja itu sebenarnya kan..Lain lah kalau anda memang seorang 'FB organizer' untuk syarikat..

Semua yang dinamakan kemudahan untuk manusia itu merupakan satu rahmat kalau ianya digunakan dengan niat dan tujuan yang betul..Tapi ia boleh mengakibatkan lagha, leka dan alpa jika kemudahan disalahgunakan.

Tepuk dada tanyalah iman dan minda. Jangan biarkan hidup anda dikelilingi kelalaian..

Sekian, jumpa lagi di entri berikutnya, insyaAllah..:)

Tuesday, October 5, 2010

Mengajar dan diajar..

Salam 1 Malaysia..Maaf ya, saya baru dapat 'update' blog pencinta ilmu ini..Sebelum ini, lebih tumpukan pada official blog saya. Bukan apa, sibuk sikit saja..Jadi, kali ini cikgu wanie sudah kembali..hee..

Oh ya, hari ini hari pertama bermulanya PMR kan? Kepada calon PMR, buat yang terbaik ya!
Hari tu, sewaktu menggantikan kelas tuisyen untuk Matematik dan Fizik, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan para pelajar tentang cara belajar..ahaa..ramai juga yang suka tajuk ni, termasuklah saya sewaktu ingin menghadapi peperiksaan dulu..kenapa? sebabnya..dengan berkongsi macam ni lah, kita dapat mempertingkatkan kemahiran belajar kita..orang kata, buat 'checklist' cara kita sendiri dan cara orang lain..

Menarik bukan?
Jadi cikgu, apa yang cikgu kongsikan??

Ok..di sini saya nyatakan beberapa amalan belajar yang boleh diikuti..senang saja..tinggal nak buat atau tak nak buat saja..

1. Anda boleh guna cara 'mengajar diri sendiri'. Macam mana tu? anda cuba fahamkan diri anda dengan gaya mengajar..mungkin anda perlukan sehelai kertas kosong ataupun untuk lebih realistik, boleh gunakan papan putih untuk memberi penerangan sehinggalah anda benar-benar faham tentang sesuatu tajuk. Untuk pengetahuan, saya sendiri menggunakan cara sedemikian dan hasilnya memang memudahkan saya faham..Boleh ajar kawan-kawan lagi di sekolah.

2. Kaji setiap soalan yang susah..Contohnya masalah matematik tambahan..Buat latih tubi untuk soalan jenis yang sama berulang kali..tak apa, ia untuk kebaikan anda.

3. Cuba ajar kawan-kawan topik yang anda faham..Ya, cara ini sangat berkesan kerana ia dapat menguatkan daya ingatan kita.Tak percaya? cubalah!

hm...setakat ini, itu sahaja tips yang hendak dikongsi..Kejayaan anda adalah dengan berkat kesungguhan diri sendiri..Jadi, kuatkan keyakinan hati dan teruskan menggapai impian anda...

Wednesday, September 22, 2010

peperiksaan bukan halangan tetapi jambatan..

Salam rindu buat pengunjung blog pencinta ilmu ini..ahh..lamanya tak update blog..maklumlah sibuk dengan pelbagai hal lain..tapi tak apa, cikgu wanie kembali dengan pelbagai idea-idea yang akan mengaktifkan minda anda, insyaAllah..

Selamat berjaya ditujukan kepada semua calon UPSR tahun ini..yakin dengan diri sendiri dan buat sehabis baik untuk 'perang' anda kali ini ya..Harapan kedua ibu bapa dibahu anda, jadi tunjukkan yang anda pun mampu berjaya..

Kepada mereka yang bakal menduduki PMR dan SPM serta STPM..anda pun tak lama lagi akan mula ber'perang'..sudah bersiap siaga kah anda?

Buat masa sekarang ni, kenalah 'study smart'..amalkan tips-tips belajar secara pintar dan yang paling penting jaga kesihatan ya..Ye la, walaupun ilmu cukup di dada, tetapi kesihatan tak berapa baik, tak elok juga..jadi, jaga kesihatan sebaiknya ok, contohnya tidur dengan cukup, makan makanan seimbang dan sentiasa tenangkan diri..

Untuk pelajar beragama islam, jangan lupa bersolat hajat dan berdoa kepada Allah SWT..mohonlah dariNya segala sesuatu..Mintalah doa restu dari ibu bapa ya..ingat, doa mereka tiada hijab di sisi Allah..

Senang kan tips peperiksaan kali ini?
Berusahalah selagi masa masih ada..Anda belum terlambat..:)

Selamat menempuh peperiksaan dengan jayanya..Peperiksaan bukanlah halangan untuk anda mara kehadapan, tetapi ianya suatu jambatan untuk membantu anda menuju cita-cita..

Monday, August 30, 2010

Adab belajar..

Salam ceria sekalian..harap semuanya dalam keadaan sihat, insyaAllah..Kali ni saya nak berkongsi tentang sesuatu perkara..

Apa dia cikgu?

Tentang adab..bukan adab bertandang mahupun adab menjamu selera ya..hee..tapi ianya adab ketika menuntut ilmu..
aik, adab menuntut ilmu ada juga ke?
eh, mestilah..malah, sewaktu menuntut ilmu lah, kena betul-betul jaga adab supaya ilmu yang diperolehi diberkati dan senang belajar, mudah-mudahan...

ok, antara adab-adabnya ialah:

1. Memulakan dengan bacaan doa..haa..ini penting ya..ye la, setiap perkara baik, lebih sempurna jika dimulakan dengan menyebut nama Allah..

2. Sentiasa memohon restu dari ibubapa untuk pergi belajar. Contohnya, ketika mahu ke sekolah atau tuisyen, jangan lupa bersalam dengan mereka dan minta didoakan..ingat, doa ibubapa terhadap anaknya tiada hijab..:)

3. Menghormati guru yang mengajar..hormat di sini merujuk kepada mendengar penjelasan guru dengan baik, tidak membuat bising dan mengikut arahan dengan baik..

4. Menghormati rakan-rakan..kenapa ya? hmm..saya selalu menasihati pelajar saya kalau mereka mengganggu kawan sekelas yang tekun belajar..mereka boleh diibaratkan sebagai mencuri masa rakan lain, dan mencuri itu adalah satu perbuatan yang buruk dan mendatangkan dosa..ingat tu..

5. Niatkan untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat untuk membantu diri dan orang lain.

6. Saling membantu kawan-kawan yang bertanya..maksudnya, jika kita pandai dalam sesuatu subjek, janganlah lokek untuk berkongsi ilmu, kerana ilmu yang dikongsi itu akan menguatkan daya ingatan dan akan menambahkan lagi ilmu kita, insyaAllah..

7. Mengakhiri kelas atau masa ulangkaji dengan doa..

hmm..itulah antara adab-adab menuntut ilmu..cuba praktikkannya..Orang yang ingin berjaya adalah orang yang selalu sedar akan kelemahan diri sendiri dan berusaha untuk menjadi lebih baik..

Take it or leave it..:)

WaAllahua'lam..

Thursday, August 26, 2010

Buat nota? rajinkanlah diri anda..

Corak penulisan nota? maksudnya, macam mana nak buat nota? Ya, tepat sekali..

Saya pernah bagitau di entri lepas nak cerita pasal ni kan..Pelajar saya yang kat tuisyen tu mesti tak sabar-sabar nak baca entri ni..
ok, cikgu sambung ni ya..

Apa? tak suka buat nota? eh, kenapa pula? Sekarang awak tak rasa la rajin nak buat nota, tapi bila dah dekat nak exam nanti, baru nak buat nota kan..tak sempat dah nak hias cantik-cantik nota, malah sekadar tulis je a.k.a salin balik apa yang ada dalam buku..hm, saya rasa kurang praktis buat macam tu.
Apa kata, fikirkan subjek apa yang hendak ditingkatkan, lepas tu, ambil pen, kertas dan alat tulis lain, mulakan merangka nota anda..mana tau, nota itulah yang anda akan ingat bila hendak menjawab soalan atau sewaktu buat latihan nanti..

Kita ambil contoh, subjek kimia. Uhh..kimia?
Kimia ni perlu pemahaman dan teori yang kukuh..Ada diselitkan gambarajah untuk kefahaman dan formula-formula seperti dalam topik 3 Tingkatan 4, iaitu persamaan kimia..ingat tak? ala..yang melibatkan mol tu..haa..dapat pun!

Cuba anda tulis persamaan itu sebesar-besarnya dan tampalkannya di buku, fail ataupun dinding bilik..tulislah dengan pen yang berwarna warni mengikut citarasa..

Kalau subjek matematik ataupun matematik tambahan, untuk setiap cara/kaedah, sertakan juga contoh soalan dari pelbagai buku rujukan..letakkan juga formula di tempat kosong yang ada. 

Ok..ok..subjek biologi pula..hm, kalau saya masa sekolah dulu, suka benar tulis nota dalam kertas berwarna warni yang dilipat kecil-kecil untuk memudahkan ia dibawa..ye la kan, boleh letak dalam poket baju, boleh selit dalam buku catatan dan boleh bawa dalam handbag bag sewaktu keluar bersiar-siar..kan praktis dan menjimatkan masa kan..
Nota-nota itu mestilah dari kita sendiri. jangan pula tiru nota orang lain..sebab hanya kita yang faham nota kita..Lainlah nota orang lain yang kita faham..he2..Cuba usahakan sendiri ya, sebab kita yang akan menggunakannya nanti..

Sewaktu mengadakan kuiz untuk para pelajar SPM di tempat tuisyen hari tu, ada segelintir pelajar yang tidak berapa mengambil berat tentang gaya penulisan dan tulisan mereka. Tak nampak dan tak jelas..ish, tulisan mesti kena jaga..walaupun tulisan tidak cantik seperti 'Times New Roman', jagalah ia supaya kemas dan bersih..Ia akan mempengaruhi minda untuk sentiasa melihat nota jika tulisannya indah dan senang dibaca..Cubalah!


huh, untuk subjek lain-lain tu. boleh tanya saya sewaktu kelas nanti ya..insyaAllah, boleh dikongsi bersama..Diharapkan anda tidak lokek masa dan tenaga untuk membuat sesuatu yang akan mendatangkan kemudahan pada diri sendiri..

Sehingga berjumpa lagi..:)

Tuesday, August 24, 2010

Suka Sejarah? mesti!

Siapa di sini suka subjek sejarah? ramainya...ehehe..Sejarah atau history merupakan subjek wajib di sekolah menengah kan. Jadi, nak tak nak, kena minat la..

Sewaktu menjalani latihan praktikum di salah sebuah sekolah di Kajang, Selangor, bila ditanya subjek apa yang pelajar kurang suka, kebanyakkan mereka akan menyenaraikan juga 'sejarah'. hmm..kenapa jadi macam tu ya? Sedangkan sejarah adalah warisan kita yang patut dipelajari.. Sesuatu perkara perlulah diminati untuk dipelajari supaya senang faham. ye tak?

Percaya atau tidak, sewaktu di sekolah menengah dahulu, salah satu subjek yang saya suka ialah 'sejarah'..Apa? orang pelik? ha2..Saya suka sebab saya dilantik menjadi Guru Muda Sejarah di dalam kelas. Bila belajar faham sejarah, persepsi saya berubah untuk terus minat subjek ini. Penghasilan nota pun menjadi mudah lantaran suka untuk menghias dan buat nota jadi rujukan bila diperlukan.

Apa rahsianya?
Saya sebenarnya sangat setuju dan berpuas hati dengan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 dan 5 yang masih diguna pakai hingga sekarang (sewaktu menulis entri ini).


Saya jadikan buku teks inilah sebagai sumber rujukan utama saya. Gambar, susunan cerita dan muka surat yang berwarna warni menjadikan suasana pembacaan yang sungguh menarik. 

Bila hendak membuat nota, saya sarankan anda menggunakan reka bentuk kertas yang tersendiri. Contohnya, anda buat lipatan pada kertas atau guntingkan menjadi bentuk yang anda gemari. Pen yang diguna pun perlu menarik. Cuba gunakan pen yang pelbagai warna, higlighter, pensel warna dan sebagainya untuk menambahkan ilustrasi ceria.


 Tetapi, jika anda tidak ada semua barang itu, jangan risau, anda masih boleh cantikkan nota dengan mempelbagaikan corak penulisan nota..

Nak tahu bagaimana?
Tunggu entri selanjutnya..ok.. 

p/s: gambar diambil dari Google.

Thursday, August 19, 2010

Matematik tambahan, kegemaranku...

source: google

"Cikgu, macam mana nak 'terer' Add Math?"

  haa...itulah soalan yang pernah ditanya oleh anak murid saya ketika sesi pengajaran tuisyen bermula untuk matapelajaran Matematik Tambahan.
Sebut sahaja matematik, tak kira la matematik tambahan ke, matematik moden ke, matematik sains dan lain-lain, memang satu je formula yang mesti dipakai.
hmm..apa ya?
tak lain tak bukan...membuat latihan. LATIHAN.
Amboi, garang bunyinya..

Ya, memang kena buat latihan..sebab ia bukan subjek menghafal seperti biologi, ia melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Masalah yang sering kita jumpa, dengan senang kita boleh hadapi kan? macam tu la dengan matematik.

Sewaktu di Tingkatan 4, saya pernah mendapat markah agak teruk la untuk peperiksaan pertama matematik tambahan. Saya sangat sedih dengan keputusan itu sebab banyak juga soalan yang saya tak sempat habis jawab sebab tak tahu nak jawab. Jadi, kurang la markah..Bukan main takut nak bagitau mama dan abah. Ya la, tak pernah dapat markah sebegitu sepanjang peperiksaan sebelum ini.

Alhamdulillah, saya sedar yang markah itu adalah disebabkan kelemahan saya sendiri. Saya pulang ke rumah dan buat latihan add math bertubi-tubi untuk faham satu-satu soalan. Kira banyak juga la soalan yang saya buat. Buku rujukan, buku teks dan buku latihan, semua saya ambil.
Ketika itu saya sedar 'nak seribu daya, tak nak seribu cara'..

Untuk peperiksaan seterusnya, saya berjaya mendapat A1 untuk subjek matematik tambahan.Alhamdulillah. Saya akur dan percaya dengan nasihat guru-guru sebelum ini " mesti buat banyak-banyak latihan". Sehingga sekarang, add math masih menjadi salah satu subjek kegemaran saya walaupun saya dalam bidang kimia.

Latihan matematik tak perlu buat beratu-ratus soalan dalam sehari. Cuma tetapkan dalam sehari, paling kurang 3 soalan add math yang hendak dibuat. Itu contoh la kan. Ia terpulang kepada individu bagaimana untuk menetapkannya.
Apa yang paling penting ialah konsisiten dan rajin bertanya. Kalau tidak dapat menjawab setelah mencubanya, cepat-cepat bertanya pada guru mahupun rakan. Ia penting supaya masalah tidak dibebani masalah lain lagi selepas itu.
 ye tak?

ok..nanti ada banyak tips lagi..
Apa? nak buat latihan add math? bagusnya..semoga berjaya!

p/s: selamat menjalani ibadah puasa ya...:)

Sunday, August 15, 2010

Tuisyen

Tuisyen sangat membantu dalam pelajaran..hmm..ramai yang berpendapat tuisyen banyak faedahnya..
Mungkin ramai juga yang tidak pernah mengikuti kelas tuisyen di luar waktu sekolah berpendapat tidak perlu untuk menyertainya jika masa di sekolah ditumpukan sepenuhnya..
hmm..mungkin benar. tapi, bagi saya yang sentiasa menghadiri tuisyen sejak darjah 5, saya rasa tuisyen sangat membantu..
Kita ketepikan soal wang dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghadiri kelas tuisyen. Di sini, saya lebih suka membincangkan faktor masa dan faedah tuisyen ya..

Kalau di sekolah, kita mempunyai masa yang terhad. ya, sekadar dari pagi hingga tengahari ataupun petang hingga menjelang senja..Masa itu mungkin berbaloi jika kita berjumpa guru untuk lebih memahami sesuatu pelajaran. kalau kita hanya membiarkan pelajaran yang tidak begitu difahami, ia akan terbengkalai. Bila kita nak tambahkan kefahaman itu??

Ya, tepat sekali. Bila kita menghadiri kelas tuisyen lah. Di sana, guru-guru ditugaskan untuk mengajar dan mengulangkaji bersama pelajar. Jadi, pelajar berhak bertanya apa yang mereka tidak faham ketika di sekolah. Sebab itulah, mengajar di tuisyen bukan sekadar memberi nota, tetapi juga menjadikan nota kita difahami pelajar.

Saya berpengalaman mengajar tuisyen di salah satu pusat tuisyen yang terkenal di Kota Bharu dan juga mengajar di rumah saya sendiri (home tuisyen). Saya dapati ramai pelajar yang cenderung untuk lebih faham apabila menghadiri tuisyen. Mereka ada semangat untuk lebih bertanya apabila kita mendekati mereka. Mengapa kita boleh mendekati setiap orang?
Kerana bilangannya sedikit sahaja (kurang dari bilangan pelajar dalam kelas di sekolah). Malah, saya mampu untuk mengingati nama pelajar di dalam satu-satu kelas. Tidakkah mereka berasa dihargai? Jadi, mereka akan rasa kurang segan untuk bertanya.

Apabila menyertai tuisyen juga, ia membantu menambah ilmu pengetahuan. Tidak menjadi masalah belajar lebih masa, malah ia menguntungkan kerana ilmu tidak pernah merugikan seseorang. Saya suka melihat gelagat pelajar lelaki yang datang ke kelas tuisyen menaiki motosikal. Ada juga yang membonceng motosikal kawan. Rasa bersyukur mereka tidak terjebak untuk ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya, tetapi memilih untuk menghadiri tuisyen. Hati seorang guru sangat gembira.

Melalui tuisyen juga, pelajar dapat belajar dengan pelbagai stail dan cara gaya guru. Ada guru yang dibawa dari sekolah-sekolah ternama seperti MRSM, sekolah berasrama penuh dan sekolah bestari. Ada juga guru yang cukup berpengalaman, tidak kurang yang memegang 'title' guru cemerlang. Tidakkah ianya satu peluang yang berharga? Berguru dengan mereka yang pernah melahirkan insan berjaya, mudah-mudahan doa mereka sentiasa bersama kita..

Penyertaan untuk kelas tuisyen tidak boleh dipaksa. ia lahir dari kemahuan dan kesedaran. Tepuk dada tanyalah ilmu. Jika ada yang masih memilih untuk tidak menghadiri tuisyen, mungkin mereka ada cara lain yang boleh membantu. Semuanya bergantung kepada keinginan dan cara seseorang.

 diambil dari :google

Walauapapun, semoga kita sentiasa dikurnikan ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat, insyaAllah..

Wednesday, August 4, 2010

Aktif ke tak?

Aktif dalam bidang ko-kurikulum membantu berjaya dalam peperiksaan? Apa pendapat anda?
 Bagi saya, bidang kokurikulum mempunyai banyak cabangnya. sukan, seni, kelab dan persatuan dan sebagainya. Ia bergantung kepada kecenderungan dan minat seseorang.
Pada masa kini, untuk memasuki IPT di Malaysia, para pelajar perlu aktif juga dalam bidang Ko-K. Ya, saya memang setuju. Tetapi, para pelajar yang kurang aktif jangan rasa rendah diri sekarang. Bukannya ia merosakkan kamu, malah aktif dalam bidang ini membantu kamu membina potensi diri.


Biasanya, kalau dikaitkan dengan Ko-K, seringkali kita berbicara tentang penggunaan masa, kan?
Masa itu pedang. Bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM, STPM,STAM dan sebagainya mestilah merancang masa anda dengan teliti. 

Allah SWT berfirman tentang kepentingan masa dalam surah Al-Asr. Jadi, terbuktilah, orang yang tidak tahu menggunakan masa dan membahagi masa dengan tepat adalah tergolong dalam golongan yang rugi. Rugi?? Ya, anda terlepas perkara yang diibaratkan seperti emas oleh bidalan...rugi..anda nak rugi?
TAK NAK!!!

Aktif dalam bidang Ko-K tidak membantutkan akademik seseorang jika mereka sedar apa yang mereka lakukan.
Sewaktu saya berada di Darjah 6 dan ingin mengambil peperiksaan UPSR, saya memang aktif. Aktif dalam bidang sukan dan dilantik sebagai Pengerusi Rumah Kuning. Begitu juga dengan berpersatuan,'Tunas Puteri' dan menyertai kelab..Alhamdulillah saya berjaya mendapat 5A dalam UPSR.

Apabila masuk ke sekolah menengah, saya sudah tidak aktif dalam Ko-K seperti di sekolah rendah. Sekadar menjadi ahli biasa yang datang setiap kali ada aktiviti sukan di waktu petang. Tapi, saya aktif dalam bidang bukan sukan dan terpilih mewakili sekolah ke Pertandingan Kuiz Sains Nasional, Kuiz Sains Kesihatan dan Kuiz Sains Alam Semulajadi..
Walaupun begitu, sewaktu PMR, saya berjaya mendapat 9A, Alhamdulillah syukur pada Allah...

Di sini, saya nak berkongsi, kejayaan tidak bergantung pada kesibukan kita dalam sesuatu perkara, TETAPI, ia boleh memberi kesan pada akademik jika tidak tahu menguruskan kedua-duanya dengan baik..
Sehingga bertemu lagi.. 
Wassalam..:)

Monday, August 2, 2010

Ikan di laut, manusia di darat..

Salam pagi yang ceria..Apa khabar para pelajar dan sahabat? Semoga dalam keberkatanNya selalu.

Ibarat ikan di lautan yang masin..Ia tidak pun masin dek kerana air laut yang dihuni..
Betul? Pernahkah terfikir kenapa isi ikan yang ditangkap tidak masin seperti air laut?

ikan..

Maha suci Allah, setiap yang dijadikanNya memberikan kita peluang untuk berfikir dan mengambil iktibar..
Ikan yang tidak mengikut rasa kemasinan itu boleh kita garapkan ke dalam kehidupan kita..
Ya, ikan tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang begitu mempengaruhinya..

Samalah dengan dunia yang menjadi tempat kita bertebaran..Zaman yang semakin dipengaruhi dengan anasir yang negatif dari barat menyebabkan ramai di kalangan kita yang mudah terjerumus terutamanya para remaja..
Sebagai pelajar yang terpelajar, yang tahu baik buruk, yang boleh berfikir, hendaklah sentiasa menjaga diri dari dipengaruhi perkara buruk.
Aktiviti melepak yang suatu masa dahulu menjadi isu penting negara, tidak berhenti sampai ke hari ini..Mereka sewenangnya duduk di tepi-tepi tangga pusat membeli belah, bersembang sambil menghisap rokok dan macam-macam lagi..secara sedar atau tidak, perkara sebegini lah yang boleh memberi peluang kepada pergaulan bebas yang menjadi paparan utama di dada akhbar dan berita sekarang.
Nampak kan, perkara-perkara ini meleret-leret..

Jika kita dapat melindungi diri kita dari hasutan syaitan yang menjelma dalam bentuk 'kemodenan', maka kita tidak mudah untuk terjerumus.

Tapi, macam mana caranya?
Dekatkan diri kepada Allah. Ingatlah Allah. Jauhi yang mungkar. Patuhi ibu bapa dan guru. Berkawanlah dengan mereka yang mengajak ke arah kebaikan.

"Masa depan yang cemerlang bermula dari sekarang".

Sunday, August 1, 2010

Nak jadi ulat buku?

Salam para pelajar dan sahabat..harap semuanya berada dalam kerahmatan Allah, insyaAllah..
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang macam mana nak jadi 'ulat buku'..

Entri apa ni wanie?
 haa..ni la ilham wanie..bukannya nak jadi ulat sebarangan okey..ni ulat buku..hee..orang yang suka baca buku..pergi mana-mana pun, mesti ada buku. Kalau tak pun, diri rasa teruja untuk membaca sesuatu..tapi..bukannya membaca SMS okey..:)

Orang kata, bila suka membaca, lagi banyak yang tak tahu..jadi, keinginan untuk membaca selalu ada sebab banyak yang tak tahu..Betul.

Jangan risau, jika anda tidak minat membaca, anda boleh cuba perlahan-lahan dan akhirnya, insyaAllah akan berakhir dengan hobi : membaca.

Yang saya maksudkan di sini ialah membaca buku-buku ilmiah tau, bukan majalah hiburan dan seangkatan dengannya. eh, bukannya tak boleh hiburan, tapi biar berpada ya..

Apa caranya? Sebenarnya ia bergantung kepada individu untuk memupuk semangat membaca..tapi, saya kongsikan dengan anda semua antara tips untuk menjadi masyarakat yang kaya dengan bekal minda..

1. Cuba biasakan diri membawa buku dalam beg. tak kiralah beg sekolah ke, beg kerja ke ataupun beg kertas..Dengan adanya buku di dalam beg, kita tak akan merugikan masa ketika bersendirian kerana sudah tersedia buku untuk dibaca.

2. Biasakan diri mengunjungi kedai-kedai buku..bila berada di gedung ilmu, insyaAllah dibuka pintu hati untuk membelek helaian buku dan seterusnya semakin minat untuk membaca.

3. Jika ingin berehat di hadapan rumah/beranda rumah/taman rumah sambil minum teh, eloklah bawa bersama buku..setidaknya, anda boleh tenangkan diri sambil menjana minda..

4. Banyakkan susunan buku di dalam bilik..buku-buku hendaklah disusun dengan kemas ya..ini boleh menarik minat untuk membaca kerana anda tidak perlu mencari-carinya ketika memerlukan.

5. Kalau untuk membeli buku itu memerlukan belanja yang besar, anda boleh melatih diri menggunakan akhbar harian yang dibeli semaksimumnya..Kebanyakan kanak-kanak suka dengan halaman yang memaparkan rancangan TV sahaja. Jadi, ini tugas orang yang lebih dewasa untuk menasihati mereka supaya membaca lebih banyak perkara berinformasi yang disediakan di dalam akhbar seperti bahagian 'rencana', 'info' dan pendidikan.

6. Cuba praktikkan apa yang dibaca dengan amalan harian. Contohnya jika kita membaca tentang 'cara solat dengan sempurna (khusyuk)', cubalah kita praktikkan sebaiknya..Ia akan mendatangkan hasil yang baik, dan anda akan terus ingin membaca..insyaAllah.

7. cuba membaca untuk berzikir. Jangan kita membaca semata untuk nampakkan diri kita rajin. cuba kita manfaatkan betul-betul tujuan kita membaca. membaca untuk berzikir sangat bagus dan dapat mendekatkan diri pada Allah.

8. jika sudah banyak membaca dalam versi Bahasa Melayu, cuba sekali sekala anda melatih diri untuk membaca buku versi Bahasa Inggeris. Ia bukan sahaja menyeronokkan malah membantu penguasaan BI dan menambahkan perbendaharaan kata kita. Cadangan buku: Life is an open secret oleh Zabrina A.bakar


Wah...banyaknya wanie...boleh ke nak amalkan ni??
InsyaAllah, boleh..

Kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua, bak kata Dr.HM Tuah..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mencuba untuk mempelajari ilmu, nescaya Allah akan menyediakan jalan yang mudah untuk ke syurga."

wassalam.

Friday, July 30, 2010

Entri khas..

Bergelar seorang guru..dari kecil ingin diletakkan perkataan ‘cikgu’ di pangkal nama yang diberi oleh mama dan abah. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah untuk meraih cita-cita…
Wanie sering ditanya oleh mereka yang mengenali diri ini termasuklah anak-anak murid, kenapa ingin menjadi cikgu sedangkan keputusan SPM wanie 10A?
Haa..soalan yang cukup senang dijawab namun susah nak difahamkan..
Bila sudah banyak kali menggantikan cikgu di tuisyen, banyak subjek yang telah diajar dan dikongsi termasuklah fizik, matematik, bahasa inggeris dan sains…hm, ternyata..menjadi cikgu banyak keistimewaannya!
Kenapa ya?
Secara sedar atau tidak…bila bergelar guru, anda juga turut bergelar ahli fizik bila mengajar tentang ilmu fizik..anda telah menjadi pakar pemakanan bila menerangkan tentang sistem pencernaan dalam manusia, lagi…anda diberi peluang untuk berdakwah menyampaikan nasihat dan panduan..ya, ia boleh diselit dalam pengajaran dan pembelajaran anda…dan anda juga turut menjadi kaunselor bila diminta memberi pendapat tentang sesuatu…Alhamdulillah..
Wanie suka bercakap..suka menyatakan pandangan…jadi, dalam sesuatu masa, kita juga sebagai personaliti di depan para pelajar dalam menyampaikan ilmu..tips: kena jaga lah penampilan, komunikasi dan cara gaya yang meyakinkan dan mesra..
Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga…
Ya, wanie masih terlalu muda dalam dunia pendidikan..terasa segan dan kagum bila melihat guru-guru yang sudah lama menabur bakti dengan bekal minda..uban-uban yang mulai tumbuh di kepala seorang cikgu yang sempat berbual bersama, menyatakan beliau dengan dunia pendidikan sudah memang sebati..
Pengalaman adalah ‘guru’ berguna! Ya, wanie setuju.
Mencari pengalaman adalah salah satu cara kita mematangkan diri dalam menjejakkan kaki ke alam karier kita yang sebenar..Jadi, jangan segan memohon kerja sambilan yang boleh menaikkan semangat, kredibiliti, dan ilmu anda untuk masa depan..

p/s: Diambil dari Bintang Hati untuk Pencinta Ilmu
There was an error in this gadget