Siapa di sini suka subjek sejarah? ramainya...ehehe..Sejarah atau history merupakan subjek wajib di sekolah menengah kan. Jadi, nak tak nak, kena minat la..
Sewaktu menjalani latihan praktikum di salah sebuah sekolah di Kajang, Selangor, bila ditanya subjek apa yang pelajar kurang suka, kebanyakkan mereka akan menyenaraikan juga 'sejarah'. hmm..kenapa jadi macam tu ya? Sedangkan sejarah adalah warisan kita yang patut dipelajari.. Sesuatu perkara perlulah diminati untuk dipelajari supaya senang faham. ye tak?
Percaya atau tidak, sewaktu di sekolah menengah dahulu, salah satu subjek yang saya suka ialah 'sejarah'..Apa? orang pelik? ha2..Saya suka sebab saya dilantik menjadi Guru Muda Sejarah di dalam kelas. Bila belajar faham sejarah, persepsi saya berubah untuk terus minat subjek ini. Penghasilan nota pun menjadi mudah lantaran suka untuk menghias dan buat nota jadi rujukan bila diperlukan.
Apa rahsianya?
Saya sebenarnya sangat setuju dan berpuas hati dengan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 dan 5 yang masih diguna pakai hingga sekarang (sewaktu menulis entri ini).
Saya jadikan buku teks inilah sebagai sumber rujukan utama saya. Gambar, susunan cerita dan muka surat yang berwarna warni menjadikan suasana pembacaan yang sungguh menarik.
Bila hendak membuat nota, saya sarankan anda menggunakan reka bentuk kertas yang tersendiri. Contohnya, anda buat lipatan pada kertas atau guntingkan menjadi bentuk yang anda gemari. Pen yang diguna pun perlu menarik. Cuba gunakan pen yang pelbagai warna, higlighter, pensel warna dan sebagainya untuk menambahkan ilustrasi ceria.
Tetapi, jika anda tidak ada semua barang itu, jangan risau, anda masih boleh cantikkan nota dengan mempelbagaikan corak penulisan nota..
Nak tahu bagaimana?
Tunggu entri selanjutnya..ok..
p/s: gambar diambil dari Google.
huhu huuu huhu.. sejarah... huu huuhuhu
ReplyDeleteooh..seorang lagi pelajar yg perlu diberi tips ekstra..tunggu next entry ya! :p
ReplyDeleteadesss....
ReplyDeletebosan nyew...sejarah..
aura...dye..membuat kan kite rase nk tido je...