Corak penulisan nota? maksudnya, macam mana nak buat nota? Ya, tepat sekali..
Saya pernah bagitau di entri lepas nak cerita pasal ni kan..Pelajar saya yang kat tuisyen tu mesti tak sabar-sabar nak baca entri ni..
ok, cikgu sambung ni ya..
Apa? tak suka buat nota? eh, kenapa pula? Sekarang awak tak rasa la rajin nak buat nota, tapi bila dah dekat nak exam nanti, baru nak buat nota kan..tak sempat dah nak hias cantik-cantik nota, malah sekadar tulis je a.k.a salin balik apa yang ada dalam buku..hm, saya rasa kurang praktis buat macam tu.
Apa kata, fikirkan subjek apa yang hendak ditingkatkan, lepas tu, ambil pen, kertas dan alat tulis lain, mulakan merangka nota anda..mana tau, nota itulah yang anda akan ingat bila hendak menjawab soalan atau sewaktu buat latihan nanti..
Kita ambil contoh, subjek kimia. Uhh..kimia?
Kimia ni perlu pemahaman dan teori yang kukuh..Ada diselitkan gambarajah untuk kefahaman dan formula-formula seperti dalam topik 3 Tingkatan 4, iaitu persamaan kimia..ingat tak? ala..yang melibatkan mol tu..haa..dapat pun!
Cuba anda tulis persamaan itu sebesar-besarnya dan tampalkannya di buku, fail ataupun dinding bilik..tulislah dengan pen yang berwarna warni mengikut citarasa..
Kalau subjek matematik ataupun matematik tambahan, untuk setiap cara/kaedah, sertakan juga contoh soalan dari pelbagai buku rujukan..letakkan juga formula di tempat kosong yang ada.
Ok..ok..subjek biologi pula..hm, kalau saya masa sekolah dulu, suka benar tulis nota dalam kertas berwarna warni yang dilipat kecil-kecil untuk memudahkan ia dibawa..ye la kan, boleh letak dalam poket baju, boleh selit dalam buku catatan dan boleh bawa dalam handbag bag sewaktu keluar bersiar-siar..kan praktis dan menjimatkan masa kan..
Nota-nota itu mestilah dari kita sendiri. jangan pula tiru nota orang lain..sebab hanya kita yang faham nota kita..Lainlah nota orang lain yang kita faham..he2..Cuba usahakan sendiri ya, sebab kita yang akan menggunakannya nanti..
Sewaktu mengadakan kuiz untuk para pelajar SPM di tempat tuisyen hari tu, ada segelintir pelajar yang tidak berapa mengambil berat tentang gaya penulisan dan tulisan mereka. Tak nampak dan tak jelas..ish, tulisan mesti kena jaga..walaupun tulisan tidak cantik seperti 'Times New Roman', jagalah ia supaya kemas dan bersih..Ia akan mempengaruhi minda untuk sentiasa melihat nota jika tulisannya indah dan senang dibaca..Cubalah!
huh, untuk subjek lain-lain tu. boleh tanya saya sewaktu kelas nanti ya..insyaAllah, boleh dikongsi bersama..Diharapkan anda tidak lokek masa dan tenaga untuk membuat sesuatu yang akan mendatangkan kemudahan pada diri sendiri..
Sehingga berjumpa lagi..:)
No comments:
Post a Comment