Aktif dalam bidang ko-kurikulum membantu berjaya dalam peperiksaan? Apa pendapat anda?
Bagi saya, bidang kokurikulum mempunyai banyak cabangnya. sukan, seni, kelab dan persatuan dan sebagainya. Ia bergantung kepada kecenderungan dan minat seseorang.
Pada masa kini, untuk memasuki IPT di Malaysia, para pelajar perlu aktif juga dalam bidang Ko-K. Ya, saya memang setuju. Tetapi, para pelajar yang kurang aktif jangan rasa rendah diri sekarang. Bukannya ia merosakkan kamu, malah aktif dalam bidang ini membantu kamu membina potensi diri.
Biasanya, kalau dikaitkan dengan Ko-K, seringkali kita berbicara tentang penggunaan masa, kan?
Masa itu pedang. Bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM, STPM,STAM dan sebagainya mestilah merancang masa anda dengan teliti.
Allah SWT berfirman tentang kepentingan masa dalam surah Al-Asr. Jadi, terbuktilah, orang yang tidak tahu menggunakan masa dan membahagi masa dengan tepat adalah tergolong dalam golongan yang rugi. Rugi?? Ya, anda terlepas perkara yang diibaratkan seperti emas oleh bidalan...rugi..anda nak rugi?
TAK NAK!!!
Aktif dalam bidang Ko-K tidak membantutkan akademik seseorang jika mereka sedar apa yang mereka lakukan.
Sewaktu saya berada di Darjah 6 dan ingin mengambil peperiksaan UPSR, saya memang aktif. Aktif dalam bidang sukan dan dilantik sebagai Pengerusi Rumah Kuning. Begitu juga dengan berpersatuan,'Tunas Puteri' dan menyertai kelab..Alhamdulillah saya berjaya mendapat 5A dalam UPSR.
Apabila masuk ke sekolah menengah, saya sudah tidak aktif dalam Ko-K seperti di sekolah rendah. Sekadar menjadi ahli biasa yang datang setiap kali ada aktiviti sukan di waktu petang. Tapi, saya aktif dalam bidang bukan sukan dan terpilih mewakili sekolah ke Pertandingan Kuiz Sains Nasional, Kuiz Sains Kesihatan dan Kuiz Sains Alam Semulajadi..
Walaupun begitu, sewaktu PMR, saya berjaya mendapat 9A, Alhamdulillah syukur pada Allah...
Di sini, saya nak berkongsi, kejayaan tidak bergantung pada kesibukan kita dalam sesuatu perkara, TETAPI, ia boleh memberi kesan pada akademik jika tidak tahu menguruskan kedua-duanya dengan baik..
Sehingga bertemu lagi..
Wassalam..:)
No comments:
Post a Comment