Tuisyen sangat membantu dalam pelajaran..hmm..ramai yang berpendapat tuisyen banyak faedahnya..
Mungkin ramai juga yang tidak pernah mengikuti kelas tuisyen di luar waktu sekolah berpendapat tidak perlu untuk menyertainya jika masa di sekolah ditumpukan sepenuhnya..
hmm..mungkin benar. tapi, bagi saya yang sentiasa menghadiri tuisyen sejak darjah 5, saya rasa tuisyen sangat membantu..
Kita ketepikan soal wang dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghadiri kelas tuisyen. Di sini, saya lebih suka membincangkan faktor masa dan faedah tuisyen ya..
Kalau di sekolah, kita mempunyai masa yang terhad. ya, sekadar dari pagi hingga tengahari ataupun petang hingga menjelang senja..Masa itu mungkin berbaloi jika kita berjumpa guru untuk lebih memahami sesuatu pelajaran. kalau kita hanya membiarkan pelajaran yang tidak begitu difahami, ia akan terbengkalai. Bila kita nak tambahkan kefahaman itu??
Ya, tepat sekali. Bila kita menghadiri kelas tuisyen lah. Di sana, guru-guru ditugaskan untuk mengajar dan mengulangkaji bersama pelajar. Jadi, pelajar berhak bertanya apa yang mereka tidak faham ketika di sekolah. Sebab itulah, mengajar di tuisyen bukan sekadar memberi nota, tetapi juga menjadikan nota kita difahami pelajar.
Saya berpengalaman mengajar tuisyen di salah satu pusat tuisyen yang terkenal di Kota Bharu dan juga mengajar di rumah saya sendiri (home tuisyen). Saya dapati ramai pelajar yang cenderung untuk lebih faham apabila menghadiri tuisyen. Mereka ada semangat untuk lebih bertanya apabila kita mendekati mereka. Mengapa kita boleh mendekati setiap orang?
Kerana bilangannya sedikit sahaja (kurang dari bilangan pelajar dalam kelas di sekolah). Malah, saya mampu untuk mengingati nama pelajar di dalam satu-satu kelas. Tidakkah mereka berasa dihargai? Jadi, mereka akan rasa kurang segan untuk bertanya.
Apabila menyertai tuisyen juga, ia membantu menambah ilmu pengetahuan. Tidak menjadi masalah belajar lebih masa, malah ia menguntungkan kerana ilmu tidak pernah merugikan seseorang. Saya suka melihat gelagat pelajar lelaki yang datang ke kelas tuisyen menaiki motosikal. Ada juga yang membonceng motosikal kawan. Rasa bersyukur mereka tidak terjebak untuk ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya, tetapi memilih untuk menghadiri tuisyen. Hati seorang guru sangat gembira.
Melalui tuisyen juga, pelajar dapat belajar dengan pelbagai stail dan cara gaya guru. Ada guru yang dibawa dari sekolah-sekolah ternama seperti MRSM, sekolah berasrama penuh dan sekolah bestari. Ada juga guru yang cukup berpengalaman, tidak kurang yang memegang 'title' guru cemerlang. Tidakkah ianya satu peluang yang berharga? Berguru dengan mereka yang pernah melahirkan insan berjaya, mudah-mudahan doa mereka sentiasa bersama kita..
Penyertaan untuk kelas tuisyen tidak boleh dipaksa. ia lahir dari kemahuan dan kesedaran. Tepuk dada tanyalah ilmu. Jika ada yang masih memilih untuk tidak menghadiri tuisyen, mungkin mereka ada cara lain yang boleh membantu. Semuanya bergantung kepada keinginan dan cara seseorang.
diambil dari :google
Walauapapun, semoga kita sentiasa dikurnikan ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat, insyaAllah..
No comments:
Post a Comment