Salam pagi yang ceria..Apa khabar para pelajar dan sahabat? Semoga dalam keberkatanNya selalu.
Ibarat ikan di lautan yang masin..Ia tidak pun masin dek kerana air laut yang dihuni..
Maha suci Allah, setiap yang dijadikanNya memberikan kita peluang untuk berfikir dan mengambil iktibar..
Ikan yang tidak mengikut rasa kemasinan itu boleh kita garapkan ke dalam kehidupan kita..
Ya, ikan tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang begitu mempengaruhinya..
Samalah dengan dunia yang menjadi tempat kita bertebaran..Zaman yang semakin dipengaruhi dengan anasir yang negatif dari barat menyebabkan ramai di kalangan kita yang mudah terjerumus terutamanya para remaja..
Sebagai pelajar yang terpelajar, yang tahu baik buruk, yang boleh berfikir, hendaklah sentiasa menjaga diri dari dipengaruhi perkara buruk.
Aktiviti melepak yang suatu masa dahulu menjadi isu penting negara, tidak berhenti sampai ke hari ini..Mereka sewenangnya duduk di tepi-tepi tangga pusat membeli belah, bersembang sambil menghisap rokok dan macam-macam lagi..secara sedar atau tidak, perkara sebegini lah yang boleh memberi peluang kepada pergaulan bebas yang menjadi paparan utama di dada akhbar dan berita sekarang.
Nampak kan, perkara-perkara ini meleret-leret..
Jika kita dapat melindungi diri kita dari hasutan syaitan yang menjelma dalam bentuk 'kemodenan', maka kita tidak mudah untuk terjerumus.
Tapi, macam mana caranya?
Dekatkan diri kepada Allah. Ingatlah Allah. Jauhi yang mungkar. Patuhi ibu bapa dan guru. Berkawanlah dengan mereka yang mengajak ke arah kebaikan.
"Masa depan yang cemerlang bermula dari sekarang".
No comments:
Post a Comment