Al-Hadis kali ini:

"you will not enter Paradise until you believe, and you will not believe until you love one another.." -Muslim-

"..if anyone fulfills his brother's needs, Allah will fulfill his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieve his troubles on the Day of Resurrection..."
-Al Bukhari and Muslim-

Friday, May 27, 2011

Folio PSK

Salam sejahtera semua..
Tengah bercuti ya? seronok la tu kan...
Tapi..jangan lupa siapkan folio-folio dan kerja rumah yang cikgu suruh buat..nanti..ada yang kena...:)

ok..berbalik kepada folio Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan..
Mesti ada:
Muka depan (cover) yang tertera logo dan nama sekolah, tajuk folio, nama penuh pelajar, tingkatan, no.kad pengenalan, dan nama guru PSK anda.

1. Pendahuluan
- Penghargaan : syukur dan terima kasih kepada individu yang membantu

2. Isi kandungan
- Prosedur:

Contoh: 1. Mendengar taklimat guru
2. Pengumpulan maklumat (internet, buku, majalah, sumber lain)
3. Penghasilan folio (perbincangan bersama guru dan rakan)
4. Penghantaran folio

3.Rumusan
- Nyatakan apa yang kamu dapat daripada kerja penghasilan folio ini. Nyatakan juga cadangan penambahbaikkan

4. Rujukan
Sertakan senarai rujukan yang dibuat. Contoh:

1. www.yahoo.com/keluarga

2. Ahmad Abu, 2011, Sayangi keluarga, m/s 45, Majalah Pintar, Cerdas Sdn Bhd

3. Temubual bersama tokoh dalam keluarga. Nyatakan tarikh, masa, tempat, topik perbualan. Jika mampu, sertakan gambar.


Untuk lebih menarik, hiaskan folio anda dan kemaskan tulisan sebaik mungkin.
Jika ada kemusykilan, sila sertakan komen anda di ruangan komen atau terus email kan pada saya: wanie_dhiya87@yahoo.com

Selamat menghasilkan folio yang menarik!
selamat bercuti, take care....
terima kasih.

Assalamualaikum wbt

Tuesday, March 15, 2011

Buku itu ilmu

Salam motivasi semua..cuti-cuti ni, mesti seronok je kan di rumah, berjalan-jalan dan macam-macam lagi lah aktiviti yang boleh dibuat..maklumlah, cuti yang sentiasa ditunggu oleh pelajar dan juga....cikgu. Hm, cikgu pun nak cuti tau..
Dalam sibuk bercuti tu, jangan lupa kerja rumah yang telah diberi ya, buat tau, bukan buat-buat lupa..
Buku pula jangan diselerakkan, itu adalah ilmu yang wajib kita hormati..
bercerita pasal buku..ada adab-adab yang harus kita ikuti untuk menghormati ilmu yang kita baca..ia bukan helaian kertas semata-mata tetapi penerokaan ilmu yang luar biasa..jadi, kalau ternampak ada buku yang jatuh, terkena hujan, berada di lantai, cepat-cepat ambil buku tu dan letakkannya di tempat yang lebih baik..

ok..itu saja pesanan cikgu wanie..

Jaga diri, hiasi peribadi..:)

wassalam.