Semalam merupakan kejayaan yang sungguh membanggakan rakyat Kelantan amnya dan peminat bola sepak khasnya..Mana tak nya, kelantan menang mengalahkan Negeri Sembilan 2-1..Sebagai anak kelahiran kelantan, saya berasa amat bangga dan bersyukur diberi kemenangan yang susah untuk diperolehi. Dimaklumkan, negeri Kelantan sudah 89 tahun menunggu piala idaman itu..
Saya bersama keluarga tercinta menonton perlawanan itu di rumah dari mula hingga la tamat perlawanan. Kami memberi sorakan yang begitu bersemangat. Sebenarnya saya bukanlah peminat sukan ini, tetapi memandangkan ahli keluarga telah berkumpul, seronok pula bila bersorak bersama..
Hm..salah satu tips untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga: menonton bersama.
Saya suka melihat sesuatu perkara itu dari sudut motivasi, sebab baru saya akan berasa berbaloi menonton sesuatu rancangan itu..Hari ini saya nak berkongsi di dalam 'Pencinta ilmu' tentang strategi. Jika mereka yang menurut serta menonton malam tadi, dapat melihat prestasi yang tidak begitu mengujakan bagi pasukan kelantan pada separuh masa pertama. Negeri sembilan mendahului 1-0 pada mulanya..terus semangat pasukan kelantan kelihatan menurun. Tetapi, setelah memasuki masa kedua, mereka seakan-akan begitu bijak dalam menyusun permainan..sehingga menggondol juara. syabas!
haa..begitu juga para pelajar sekalian, kita tidak boleh sesekali berputus asa jika kejayaan tidak memihak pada kita pada permulaannya. Apa yang perlu dibuat ialah, dapatkan semangat dan motivasi anda semua dan teruslah memacu kehadapan. Gagal buat pertama kali tidak bermakna gagal selamanya. Cubalah ambil pengajaran dari setiap apa yang kita lihat..
Masa sentiasa ada untuk kita terus berusaha. Yang penting kita bijak dalam mengatur strategi kita untuk mencapai kecemerlangan. Contohnya, jika kita tidak berapa pandai berbahasa inggeris, cubalah berusaha untuk meningkatkan perbendaharaan kata(vocabulary) kita dulu dan pelajarilah tatabahasa (grammar) yang mudah itu dan jangan lupa praktikkannya..Macam mana nak tingkatkan vocabulary? Banyakkan membaca buku berbahasa inggeris dan sebagai permulaan, carilah buku yang berbahasa inggeris mudah yang sesuai..
Nah..tidak susah kan kalau hendak meraih kejayaan? cuma yang susahnya ia tidak datang begitu sahaja, mesti ada matlamat, usaha dan tawakal pada Allah..insyaAllah kejayaan memihak kepada kita.
Ok lah, waktu zohor sudah tiba..jumpa lagi di lain entri..
ceria-ceriakan hidup anda dengan aktiviti yang anda sukai dan bermanfaat..
Selamat berusaha! :)