Al-Hadis kali ini:

"you will not enter Paradise until you believe, and you will not believe until you love one another.." -Muslim-

"..if anyone fulfills his brother's needs, Allah will fulfill his needs; if one relieves a Muslim of his troubles, Allah will relieve his troubles on the Day of Resurrection..."
-Al Bukhari and Muslim-

Monday, August 30, 2010

Adab belajar..

Salam ceria sekalian..harap semuanya dalam keadaan sihat, insyaAllah..Kali ni saya nak berkongsi tentang sesuatu perkara..

Apa dia cikgu?

Tentang adab..bukan adab bertandang mahupun adab menjamu selera ya..hee..tapi ianya adab ketika menuntut ilmu..
aik, adab menuntut ilmu ada juga ke?
eh, mestilah..malah, sewaktu menuntut ilmu lah, kena betul-betul jaga adab supaya ilmu yang diperolehi diberkati dan senang belajar, mudah-mudahan...

ok, antara adab-adabnya ialah:

1. Memulakan dengan bacaan doa..haa..ini penting ya..ye la, setiap perkara baik, lebih sempurna jika dimulakan dengan menyebut nama Allah..

2. Sentiasa memohon restu dari ibubapa untuk pergi belajar. Contohnya, ketika mahu ke sekolah atau tuisyen, jangan lupa bersalam dengan mereka dan minta didoakan..ingat, doa ibubapa terhadap anaknya tiada hijab..:)

3. Menghormati guru yang mengajar..hormat di sini merujuk kepada mendengar penjelasan guru dengan baik, tidak membuat bising dan mengikut arahan dengan baik..

4. Menghormati rakan-rakan..kenapa ya? hmm..saya selalu menasihati pelajar saya kalau mereka mengganggu kawan sekelas yang tekun belajar..mereka boleh diibaratkan sebagai mencuri masa rakan lain, dan mencuri itu adalah satu perbuatan yang buruk dan mendatangkan dosa..ingat tu..

5. Niatkan untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat untuk membantu diri dan orang lain.

6. Saling membantu kawan-kawan yang bertanya..maksudnya, jika kita pandai dalam sesuatu subjek, janganlah lokek untuk berkongsi ilmu, kerana ilmu yang dikongsi itu akan menguatkan daya ingatan dan akan menambahkan lagi ilmu kita, insyaAllah..

7. Mengakhiri kelas atau masa ulangkaji dengan doa..

hmm..itulah antara adab-adab menuntut ilmu..cuba praktikkannya..Orang yang ingin berjaya adalah orang yang selalu sedar akan kelemahan diri sendiri dan berusaha untuk menjadi lebih baik..

Take it or leave it..:)

WaAllahua'lam..

Thursday, August 26, 2010

Buat nota? rajinkanlah diri anda..

Corak penulisan nota? maksudnya, macam mana nak buat nota? Ya, tepat sekali..

Saya pernah bagitau di entri lepas nak cerita pasal ni kan..Pelajar saya yang kat tuisyen tu mesti tak sabar-sabar nak baca entri ni..
ok, cikgu sambung ni ya..

Apa? tak suka buat nota? eh, kenapa pula? Sekarang awak tak rasa la rajin nak buat nota, tapi bila dah dekat nak exam nanti, baru nak buat nota kan..tak sempat dah nak hias cantik-cantik nota, malah sekadar tulis je a.k.a salin balik apa yang ada dalam buku..hm, saya rasa kurang praktis buat macam tu.
Apa kata, fikirkan subjek apa yang hendak ditingkatkan, lepas tu, ambil pen, kertas dan alat tulis lain, mulakan merangka nota anda..mana tau, nota itulah yang anda akan ingat bila hendak menjawab soalan atau sewaktu buat latihan nanti..

Kita ambil contoh, subjek kimia. Uhh..kimia?
Kimia ni perlu pemahaman dan teori yang kukuh..Ada diselitkan gambarajah untuk kefahaman dan formula-formula seperti dalam topik 3 Tingkatan 4, iaitu persamaan kimia..ingat tak? ala..yang melibatkan mol tu..haa..dapat pun!

Cuba anda tulis persamaan itu sebesar-besarnya dan tampalkannya di buku, fail ataupun dinding bilik..tulislah dengan pen yang berwarna warni mengikut citarasa..

Kalau subjek matematik ataupun matematik tambahan, untuk setiap cara/kaedah, sertakan juga contoh soalan dari pelbagai buku rujukan..letakkan juga formula di tempat kosong yang ada. 

Ok..ok..subjek biologi pula..hm, kalau saya masa sekolah dulu, suka benar tulis nota dalam kertas berwarna warni yang dilipat kecil-kecil untuk memudahkan ia dibawa..ye la kan, boleh letak dalam poket baju, boleh selit dalam buku catatan dan boleh bawa dalam handbag bag sewaktu keluar bersiar-siar..kan praktis dan menjimatkan masa kan..
Nota-nota itu mestilah dari kita sendiri. jangan pula tiru nota orang lain..sebab hanya kita yang faham nota kita..Lainlah nota orang lain yang kita faham..he2..Cuba usahakan sendiri ya, sebab kita yang akan menggunakannya nanti..

Sewaktu mengadakan kuiz untuk para pelajar SPM di tempat tuisyen hari tu, ada segelintir pelajar yang tidak berapa mengambil berat tentang gaya penulisan dan tulisan mereka. Tak nampak dan tak jelas..ish, tulisan mesti kena jaga..walaupun tulisan tidak cantik seperti 'Times New Roman', jagalah ia supaya kemas dan bersih..Ia akan mempengaruhi minda untuk sentiasa melihat nota jika tulisannya indah dan senang dibaca..Cubalah!


huh, untuk subjek lain-lain tu. boleh tanya saya sewaktu kelas nanti ya..insyaAllah, boleh dikongsi bersama..Diharapkan anda tidak lokek masa dan tenaga untuk membuat sesuatu yang akan mendatangkan kemudahan pada diri sendiri..

Sehingga berjumpa lagi..:)

Tuesday, August 24, 2010

Suka Sejarah? mesti!

Siapa di sini suka subjek sejarah? ramainya...ehehe..Sejarah atau history merupakan subjek wajib di sekolah menengah kan. Jadi, nak tak nak, kena minat la..

Sewaktu menjalani latihan praktikum di salah sebuah sekolah di Kajang, Selangor, bila ditanya subjek apa yang pelajar kurang suka, kebanyakkan mereka akan menyenaraikan juga 'sejarah'. hmm..kenapa jadi macam tu ya? Sedangkan sejarah adalah warisan kita yang patut dipelajari.. Sesuatu perkara perlulah diminati untuk dipelajari supaya senang faham. ye tak?

Percaya atau tidak, sewaktu di sekolah menengah dahulu, salah satu subjek yang saya suka ialah 'sejarah'..Apa? orang pelik? ha2..Saya suka sebab saya dilantik menjadi Guru Muda Sejarah di dalam kelas. Bila belajar faham sejarah, persepsi saya berubah untuk terus minat subjek ini. Penghasilan nota pun menjadi mudah lantaran suka untuk menghias dan buat nota jadi rujukan bila diperlukan.

Apa rahsianya?
Saya sebenarnya sangat setuju dan berpuas hati dengan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 dan 5 yang masih diguna pakai hingga sekarang (sewaktu menulis entri ini).


Saya jadikan buku teks inilah sebagai sumber rujukan utama saya. Gambar, susunan cerita dan muka surat yang berwarna warni menjadikan suasana pembacaan yang sungguh menarik. 

Bila hendak membuat nota, saya sarankan anda menggunakan reka bentuk kertas yang tersendiri. Contohnya, anda buat lipatan pada kertas atau guntingkan menjadi bentuk yang anda gemari. Pen yang diguna pun perlu menarik. Cuba gunakan pen yang pelbagai warna, higlighter, pensel warna dan sebagainya untuk menambahkan ilustrasi ceria.


 Tetapi, jika anda tidak ada semua barang itu, jangan risau, anda masih boleh cantikkan nota dengan mempelbagaikan corak penulisan nota..

Nak tahu bagaimana?
Tunggu entri selanjutnya..ok.. 

p/s: gambar diambil dari Google.

Thursday, August 19, 2010

Matematik tambahan, kegemaranku...

source: google

"Cikgu, macam mana nak 'terer' Add Math?"

  haa...itulah soalan yang pernah ditanya oleh anak murid saya ketika sesi pengajaran tuisyen bermula untuk matapelajaran Matematik Tambahan.
Sebut sahaja matematik, tak kira la matematik tambahan ke, matematik moden ke, matematik sains dan lain-lain, memang satu je formula yang mesti dipakai.
hmm..apa ya?
tak lain tak bukan...membuat latihan. LATIHAN.
Amboi, garang bunyinya..

Ya, memang kena buat latihan..sebab ia bukan subjek menghafal seperti biologi, ia melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah. Masalah yang sering kita jumpa, dengan senang kita boleh hadapi kan? macam tu la dengan matematik.

Sewaktu di Tingkatan 4, saya pernah mendapat markah agak teruk la untuk peperiksaan pertama matematik tambahan. Saya sangat sedih dengan keputusan itu sebab banyak juga soalan yang saya tak sempat habis jawab sebab tak tahu nak jawab. Jadi, kurang la markah..Bukan main takut nak bagitau mama dan abah. Ya la, tak pernah dapat markah sebegitu sepanjang peperiksaan sebelum ini.

Alhamdulillah, saya sedar yang markah itu adalah disebabkan kelemahan saya sendiri. Saya pulang ke rumah dan buat latihan add math bertubi-tubi untuk faham satu-satu soalan. Kira banyak juga la soalan yang saya buat. Buku rujukan, buku teks dan buku latihan, semua saya ambil.
Ketika itu saya sedar 'nak seribu daya, tak nak seribu cara'..

Untuk peperiksaan seterusnya, saya berjaya mendapat A1 untuk subjek matematik tambahan.Alhamdulillah. Saya akur dan percaya dengan nasihat guru-guru sebelum ini " mesti buat banyak-banyak latihan". Sehingga sekarang, add math masih menjadi salah satu subjek kegemaran saya walaupun saya dalam bidang kimia.

Latihan matematik tak perlu buat beratu-ratus soalan dalam sehari. Cuma tetapkan dalam sehari, paling kurang 3 soalan add math yang hendak dibuat. Itu contoh la kan. Ia terpulang kepada individu bagaimana untuk menetapkannya.
Apa yang paling penting ialah konsisiten dan rajin bertanya. Kalau tidak dapat menjawab setelah mencubanya, cepat-cepat bertanya pada guru mahupun rakan. Ia penting supaya masalah tidak dibebani masalah lain lagi selepas itu.
 ye tak?

ok..nanti ada banyak tips lagi..
Apa? nak buat latihan add math? bagusnya..semoga berjaya!

p/s: selamat menjalani ibadah puasa ya...:)

Sunday, August 15, 2010

Tuisyen

Tuisyen sangat membantu dalam pelajaran..hmm..ramai yang berpendapat tuisyen banyak faedahnya..
Mungkin ramai juga yang tidak pernah mengikuti kelas tuisyen di luar waktu sekolah berpendapat tidak perlu untuk menyertainya jika masa di sekolah ditumpukan sepenuhnya..
hmm..mungkin benar. tapi, bagi saya yang sentiasa menghadiri tuisyen sejak darjah 5, saya rasa tuisyen sangat membantu..
Kita ketepikan soal wang dan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghadiri kelas tuisyen. Di sini, saya lebih suka membincangkan faktor masa dan faedah tuisyen ya..

Kalau di sekolah, kita mempunyai masa yang terhad. ya, sekadar dari pagi hingga tengahari ataupun petang hingga menjelang senja..Masa itu mungkin berbaloi jika kita berjumpa guru untuk lebih memahami sesuatu pelajaran. kalau kita hanya membiarkan pelajaran yang tidak begitu difahami, ia akan terbengkalai. Bila kita nak tambahkan kefahaman itu??

Ya, tepat sekali. Bila kita menghadiri kelas tuisyen lah. Di sana, guru-guru ditugaskan untuk mengajar dan mengulangkaji bersama pelajar. Jadi, pelajar berhak bertanya apa yang mereka tidak faham ketika di sekolah. Sebab itulah, mengajar di tuisyen bukan sekadar memberi nota, tetapi juga menjadikan nota kita difahami pelajar.

Saya berpengalaman mengajar tuisyen di salah satu pusat tuisyen yang terkenal di Kota Bharu dan juga mengajar di rumah saya sendiri (home tuisyen). Saya dapati ramai pelajar yang cenderung untuk lebih faham apabila menghadiri tuisyen. Mereka ada semangat untuk lebih bertanya apabila kita mendekati mereka. Mengapa kita boleh mendekati setiap orang?
Kerana bilangannya sedikit sahaja (kurang dari bilangan pelajar dalam kelas di sekolah). Malah, saya mampu untuk mengingati nama pelajar di dalam satu-satu kelas. Tidakkah mereka berasa dihargai? Jadi, mereka akan rasa kurang segan untuk bertanya.

Apabila menyertai tuisyen juga, ia membantu menambah ilmu pengetahuan. Tidak menjadi masalah belajar lebih masa, malah ia menguntungkan kerana ilmu tidak pernah merugikan seseorang. Saya suka melihat gelagat pelajar lelaki yang datang ke kelas tuisyen menaiki motosikal. Ada juga yang membonceng motosikal kawan. Rasa bersyukur mereka tidak terjebak untuk ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya, tetapi memilih untuk menghadiri tuisyen. Hati seorang guru sangat gembira.

Melalui tuisyen juga, pelajar dapat belajar dengan pelbagai stail dan cara gaya guru. Ada guru yang dibawa dari sekolah-sekolah ternama seperti MRSM, sekolah berasrama penuh dan sekolah bestari. Ada juga guru yang cukup berpengalaman, tidak kurang yang memegang 'title' guru cemerlang. Tidakkah ianya satu peluang yang berharga? Berguru dengan mereka yang pernah melahirkan insan berjaya, mudah-mudahan doa mereka sentiasa bersama kita..

Penyertaan untuk kelas tuisyen tidak boleh dipaksa. ia lahir dari kemahuan dan kesedaran. Tepuk dada tanyalah ilmu. Jika ada yang masih memilih untuk tidak menghadiri tuisyen, mungkin mereka ada cara lain yang boleh membantu. Semuanya bergantung kepada keinginan dan cara seseorang.

 diambil dari :google

Walauapapun, semoga kita sentiasa dikurnikan ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat, insyaAllah..

Wednesday, August 4, 2010

Aktif ke tak?

Aktif dalam bidang ko-kurikulum membantu berjaya dalam peperiksaan? Apa pendapat anda?
 Bagi saya, bidang kokurikulum mempunyai banyak cabangnya. sukan, seni, kelab dan persatuan dan sebagainya. Ia bergantung kepada kecenderungan dan minat seseorang.
Pada masa kini, untuk memasuki IPT di Malaysia, para pelajar perlu aktif juga dalam bidang Ko-K. Ya, saya memang setuju. Tetapi, para pelajar yang kurang aktif jangan rasa rendah diri sekarang. Bukannya ia merosakkan kamu, malah aktif dalam bidang ini membantu kamu membina potensi diri.


Biasanya, kalau dikaitkan dengan Ko-K, seringkali kita berbicara tentang penggunaan masa, kan?
Masa itu pedang. Bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM, STPM,STAM dan sebagainya mestilah merancang masa anda dengan teliti. 

Allah SWT berfirman tentang kepentingan masa dalam surah Al-Asr. Jadi, terbuktilah, orang yang tidak tahu menggunakan masa dan membahagi masa dengan tepat adalah tergolong dalam golongan yang rugi. Rugi?? Ya, anda terlepas perkara yang diibaratkan seperti emas oleh bidalan...rugi..anda nak rugi?
TAK NAK!!!

Aktif dalam bidang Ko-K tidak membantutkan akademik seseorang jika mereka sedar apa yang mereka lakukan.
Sewaktu saya berada di Darjah 6 dan ingin mengambil peperiksaan UPSR, saya memang aktif. Aktif dalam bidang sukan dan dilantik sebagai Pengerusi Rumah Kuning. Begitu juga dengan berpersatuan,'Tunas Puteri' dan menyertai kelab..Alhamdulillah saya berjaya mendapat 5A dalam UPSR.

Apabila masuk ke sekolah menengah, saya sudah tidak aktif dalam Ko-K seperti di sekolah rendah. Sekadar menjadi ahli biasa yang datang setiap kali ada aktiviti sukan di waktu petang. Tapi, saya aktif dalam bidang bukan sukan dan terpilih mewakili sekolah ke Pertandingan Kuiz Sains Nasional, Kuiz Sains Kesihatan dan Kuiz Sains Alam Semulajadi..
Walaupun begitu, sewaktu PMR, saya berjaya mendapat 9A, Alhamdulillah syukur pada Allah...

Di sini, saya nak berkongsi, kejayaan tidak bergantung pada kesibukan kita dalam sesuatu perkara, TETAPI, ia boleh memberi kesan pada akademik jika tidak tahu menguruskan kedua-duanya dengan baik..
Sehingga bertemu lagi.. 
Wassalam..:)

Monday, August 2, 2010

Ikan di laut, manusia di darat..

Salam pagi yang ceria..Apa khabar para pelajar dan sahabat? Semoga dalam keberkatanNya selalu.

Ibarat ikan di lautan yang masin..Ia tidak pun masin dek kerana air laut yang dihuni..
Betul? Pernahkah terfikir kenapa isi ikan yang ditangkap tidak masin seperti air laut?

ikan..

Maha suci Allah, setiap yang dijadikanNya memberikan kita peluang untuk berfikir dan mengambil iktibar..
Ikan yang tidak mengikut rasa kemasinan itu boleh kita garapkan ke dalam kehidupan kita..
Ya, ikan tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang begitu mempengaruhinya..

Samalah dengan dunia yang menjadi tempat kita bertebaran..Zaman yang semakin dipengaruhi dengan anasir yang negatif dari barat menyebabkan ramai di kalangan kita yang mudah terjerumus terutamanya para remaja..
Sebagai pelajar yang terpelajar, yang tahu baik buruk, yang boleh berfikir, hendaklah sentiasa menjaga diri dari dipengaruhi perkara buruk.
Aktiviti melepak yang suatu masa dahulu menjadi isu penting negara, tidak berhenti sampai ke hari ini..Mereka sewenangnya duduk di tepi-tepi tangga pusat membeli belah, bersembang sambil menghisap rokok dan macam-macam lagi..secara sedar atau tidak, perkara sebegini lah yang boleh memberi peluang kepada pergaulan bebas yang menjadi paparan utama di dada akhbar dan berita sekarang.
Nampak kan, perkara-perkara ini meleret-leret..

Jika kita dapat melindungi diri kita dari hasutan syaitan yang menjelma dalam bentuk 'kemodenan', maka kita tidak mudah untuk terjerumus.

Tapi, macam mana caranya?
Dekatkan diri kepada Allah. Ingatlah Allah. Jauhi yang mungkar. Patuhi ibu bapa dan guru. Berkawanlah dengan mereka yang mengajak ke arah kebaikan.

"Masa depan yang cemerlang bermula dari sekarang".

Sunday, August 1, 2010

Nak jadi ulat buku?

Salam para pelajar dan sahabat..harap semuanya berada dalam kerahmatan Allah, insyaAllah..
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang macam mana nak jadi 'ulat buku'..

Entri apa ni wanie?
 haa..ni la ilham wanie..bukannya nak jadi ulat sebarangan okey..ni ulat buku..hee..orang yang suka baca buku..pergi mana-mana pun, mesti ada buku. Kalau tak pun, diri rasa teruja untuk membaca sesuatu..tapi..bukannya membaca SMS okey..:)

Orang kata, bila suka membaca, lagi banyak yang tak tahu..jadi, keinginan untuk membaca selalu ada sebab banyak yang tak tahu..Betul.

Jangan risau, jika anda tidak minat membaca, anda boleh cuba perlahan-lahan dan akhirnya, insyaAllah akan berakhir dengan hobi : membaca.

Yang saya maksudkan di sini ialah membaca buku-buku ilmiah tau, bukan majalah hiburan dan seangkatan dengannya. eh, bukannya tak boleh hiburan, tapi biar berpada ya..

Apa caranya? Sebenarnya ia bergantung kepada individu untuk memupuk semangat membaca..tapi, saya kongsikan dengan anda semua antara tips untuk menjadi masyarakat yang kaya dengan bekal minda..

1. Cuba biasakan diri membawa buku dalam beg. tak kiralah beg sekolah ke, beg kerja ke ataupun beg kertas..Dengan adanya buku di dalam beg, kita tak akan merugikan masa ketika bersendirian kerana sudah tersedia buku untuk dibaca.

2. Biasakan diri mengunjungi kedai-kedai buku..bila berada di gedung ilmu, insyaAllah dibuka pintu hati untuk membelek helaian buku dan seterusnya semakin minat untuk membaca.

3. Jika ingin berehat di hadapan rumah/beranda rumah/taman rumah sambil minum teh, eloklah bawa bersama buku..setidaknya, anda boleh tenangkan diri sambil menjana minda..

4. Banyakkan susunan buku di dalam bilik..buku-buku hendaklah disusun dengan kemas ya..ini boleh menarik minat untuk membaca kerana anda tidak perlu mencari-carinya ketika memerlukan.

5. Kalau untuk membeli buku itu memerlukan belanja yang besar, anda boleh melatih diri menggunakan akhbar harian yang dibeli semaksimumnya..Kebanyakan kanak-kanak suka dengan halaman yang memaparkan rancangan TV sahaja. Jadi, ini tugas orang yang lebih dewasa untuk menasihati mereka supaya membaca lebih banyak perkara berinformasi yang disediakan di dalam akhbar seperti bahagian 'rencana', 'info' dan pendidikan.

6. Cuba praktikkan apa yang dibaca dengan amalan harian. Contohnya jika kita membaca tentang 'cara solat dengan sempurna (khusyuk)', cubalah kita praktikkan sebaiknya..Ia akan mendatangkan hasil yang baik, dan anda akan terus ingin membaca..insyaAllah.

7. cuba membaca untuk berzikir. Jangan kita membaca semata untuk nampakkan diri kita rajin. cuba kita manfaatkan betul-betul tujuan kita membaca. membaca untuk berzikir sangat bagus dan dapat mendekatkan diri pada Allah.

8. jika sudah banyak membaca dalam versi Bahasa Melayu, cuba sekali sekala anda melatih diri untuk membaca buku versi Bahasa Inggeris. Ia bukan sahaja menyeronokkan malah membantu penguasaan BI dan menambahkan perbendaharaan kata kita. Cadangan buku: Life is an open secret oleh Zabrina A.bakar


Wah...banyaknya wanie...boleh ke nak amalkan ni??
InsyaAllah, boleh..

Kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua, bak kata Dr.HM Tuah..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mencuba untuk mempelajari ilmu, nescaya Allah akan menyediakan jalan yang mudah untuk ke syurga."

wassalam.